Kembalilah Sayang
Kembalilah Sayang

Kembalilah Sayang

Lagu Kembalilah Sayang merupakan sebuah lagu yang sebenarnya telah mempopularkan Dayang Nurfaizah setelah melalui tahun pertama dalam karier nyanyian dengan terumbang ambing. Penyanyi ini buat pertama kali memukau penonton Anugerah Industri Muzik 2000 apabila mendendangkan lagu ini. Pun begitu album sulungnya mengalami masalah untuk diedarkan biarpun ada permintaan untuk mendengar versi rakaman lagu ini. Inisiatif dari syarikat rakaman baru Dayang iaitu Broadway Entertainment akhirnya menjadikan lagu ini sebagai single pengenalan untuk karier nyanyian Dayang. Ia sebuah lagu berentak R&B yang menuntut keutuhan vokal untuk menyampaikannya. Lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album kedua beliau berjudul Seandainya Masih Ada Cinta pada tahun 2001.

Kembalilah Sayang

Dikeluarkan pada 1 Mei 2000
Penerbit Adnan Abu Hassan
Penulis Azalea
Format Airplay, CD
Panjang -
Genre R&B
Syarikat Broadway Entertainment